Sunday, 19 February 2012

PENGENALAN BAHAGIAN HEP UIC


Pengenalan
Bahagian  Hal Ehwal Pelajar Kolej Antarabangsa  Unifield bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal pelajar yang berkaitan pelaksanaan aktiviti kokurikulum, tatatertib, kaunseling, kebudayaan, kemajuan akademik, kebajikan pelajar, keusahawanan dan pelajar luar kampus. Bahagian   ini menyediakan perkhidmatan bagi menyokong aktiviti pembangunan pelajar, kebajikan, sokongan akademik dan keusahawan pelajar yang dapat memenuhi ekspektasi pelanggan. Pada masa ini  bahagian HEP mempunyai lima (5) unit kecil yang mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang tersendiri iaitu

·         Unit Kaunseling Dan Kerjaya
·         Unit Disiplin Dan Tatatertib
·         Unit Sukan, Rekreasi Dan Kebudayaan
·         Unit Pentadbiran dan Alumni
·         Unit Kebajikan Dan Kerohanian

Misi
Melahirkan graduan yang bersahsiah tinggi, berpesonaliti unggul dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi melalui proses pembangunan insan yang berkualiti dan perkhidmatan yang cemerlang serta penyediaan prasarana yang kondusif.

Visi
Menjadi pusat pembangunan insan yang unggul, taqwa dan cemerlang.

Objektif
1.      Melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah diri yang murni dan mempunyai nilai kerohanian yang tinggi.
2.      Menyelaras, merancang dan menyelia aktiviti pelajar.
3.      Melahirkan pelajar yang berkarisma dan memiliki sifat kepimpinan yang tinggi.
4.      Membimbing pelajar ke arah kecemerlangan.
5.      Melahirkan pelajar yang sihat, cergas dan berwawasan.

Piagam Pelanggan

·         Memberi layanan yang mesra, cekap dan amanah kepada semua pelanggan
·         Mengambil tindakan terhadap semua masalah atau aduan yang diterima selewat-lewatnya dalam tempoh lima (5) hari waktu bekerja.
·         Menyediakan program kerohanian, moral dan sukan kepada pelajar untuk peningkatan sahsiah dan kecergasan pelajar.
·         Memberi perkhidmatan kaunseling secara profesional dan mesra pelanggan serta mengamalkan etika kerahsiaan .
·         Memberi khidmat nasihat kepada kelab dan persatuan pelajar berkaitan dengan perlaksanaan program dan aktiviti.
·         Menjalankan bimbingan kerjaya dan pengesanan graduan disamping membantu melaksanakn aktiviti atau program yang berkaitan dengan alumni.
·         Mengurus semua aktiviti pembangunan pelajar dari segi latihan, pertandinagn atau penyertaan di peringkat kolej atau kolej-kolej bersekutu.


Kakitangan Hal Ehwal Pelajar


KAKITANGAN 2013











KAKITANGAN 2012